Letupan Di Pasar Jual Mercun Ragut 29 Nyawa

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2016 10:06 AM

IMEJ yang disiarkan oleh APTN menunjukkan asap tebal di pasar San Pablito susulan letupan kuat yang mengorbankan 29 nyawa di Tultepec pada 20 Disember 2016.

(Ubah saiz teks)

TULTEPEC: Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dan lebih 70 mangsa lagi cedera dalam kejadian letupan di pasar menjual mercun di utara Mexico pada Selasa.

Polis Persekutuan Mexico dalam kenyataannya berkata, kejadian itu berlaku di pasar terbuka San Pablito di Tultepec merupakan kali ketiga dalam tempoh 10 tahun.

Menurut ketua pasukan kecemasan, Isidro Sanchez, punca insiden itu dipercayai akibat kekurangan langkah keselamatan yang menyebabkan letupan berlaku secara tiba-tiba.

Rakaman televisyen tempatan menunjukkan letupan bunga api dari pelbagai arah selain asap tebal di kawasan sekitar pasar tersebut.

Satu lagi rakaman menunjukkan orang ramai berlari menyelamatkan diri selain pemandangan yang diambil dari udara merakamkan bangunan dan gerai yang musnah teruk akibat letupan itu.

Insiden letupan kali pertama di pasar itu berlaku pada September 2005 yang mneyaksikan berpuluh-puluh orang cedera dan hampir setahun kemudian tragedi yang sama berulang lagi.

Sementara itu, Presiden Mexico, Enrique Pena Neito menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan waris yang kehilangan orang tersayang dalam insiden tersebut. - REUTERS

Tags / Kata Kunci: Mexico

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan