Budak Lelaki Terperangkap Di Celahan Dinding Selama Tiga Hari

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2016 11:57 AM

ANGGOTA polis memecahkan dinding untuk menyelamatkan budak lelaki yang terperangkap di celahan dinding di Ondo, Nigeria baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

ABUJA: Seorang kanak-kanak lelaki bernasib baik apabila masih hidup selepas terperangkap selama tiga hari di celah ruang antara sebuah rumah dan dinding tebal baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku di kawasan Oduduwa dekat negeri Ondo apabila mangsa, Aduragbemi Saka bermain seorang diri dan memasuki ruang seluas 30 sentimeter tersebut.

Namun budak berusia 12 tahun tersebut terperangkap di dalam ruang berkenaan tanpa disedari oleh orang awam.

Malah tangisannya sepanjang tiga hari terperangkap di dinding itu diabaikan oleh orang ramai yang lalu-lalang di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, Saka bernasib baik apabila jirannya mendengar rintihannya dan mereka mendapati budak lelaki itu terperangkap di celah dinding berkenaan.

Sepasukan polis yang dikerah ke lokasi kejadian kemudiannya memecahkan dinding tersebut dan mendapati Saka diselaputi debu serta masih hidup walaupun tiga hari terperangkap.

Penduduk tempatan yang dikenali sebagai Felicia Olaniyi berkata, budak lelaki itu melarikan diri dari neneknya yang sudah lama mencari mangsa.

"Saya pernah bertanya kepada jiran lain sama ada mereka mendengar bunyi pelik di dinding tersebut dan mereka juga hairan dengan bunyi tersebut.

"Kemudian kami menggunakan tangga untuk memeriksa celahan dinding berkenaan dan mendapati budak lelaki itu sedang terperangkap di dalamnya," kata Olaniyi.

Selepas diselamatkan, Saka dihantar semula untuk bertemu dengan neneknya.

Tags / Kata Kunci: Nigeria

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan