12 Maut Selepas Trak Rempuh Pasar Krismas Di Berlin

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2016 9:03 AM

(Ubah saiz teks)

BERLIN: Sebuah trak merempuh pasar Krismas di sini yang penuh sesak dengan orang ramai pada petang Isnin hingga mengakibatkan 12 terkorban dan lebih 50 mangsa lagi mengalami kecederaan.

Polis menyifatkan ia sebagai serangan paling dahsyat di Jerman dalam tempoh beberapa dekad.

Menurut polis di Twitter bahawa mereka telah menaham seorang suspek sementara seorang lagi suspek yang berada di dalam trak berkenaan maut dalam insiden rempuhan berkenaan.



"Kami mendengar bunyi kuat," kata seorang pelancong, Emma Rushton kepada CNN.

"Kami melihat sebuah lori merempuh gerai-gerai dan orang ramai."

Polis di tempat kejadian memberitahu media Jerman bahawa nahas itu adalah suatu perbuatan yang disengajakan.

Sementara itu jurucakap kerajaan berkata, Canselor Angela Merkel telah diberi taklimat oleh Menteri Dalam Negeri dan Datuk Bandar Berlin berhubung situasi semasa.

Polis berkata tiada tanda-tanda yang menunjukkan keadaan yang lebih berbahaya akan berlaku di kawasan itu namun menggesa orang ramai untuk menjauhkan diri dari tempat kejadian.

Insiden itu mirip serangan di Nice, Perancis pada Julai lalu apabila seorang lelaki kelahiran Tunisia memandu lori 19 tan dan merempuh sekumpulan orang yang berkumpul untuk menyaksikan pertunjukkan bunga api pada Hari Bastille.

Kejadian berkenaan membunuh 86 orang. serangan yang didakwa oleh militan Negara Islam (IS).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan