Jokowi Arah Pemantauan Penyelenggaraan Pesawat Hercules

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 7:48 PM

Pasukan penyelamat mengumpul barangan peribadi milik mangsa tragedi pesawat Tentera Udara Indonesia yang terhempas di kawasan pergunungan Wamena, wilayah Papua pada 18 Disember 2016. - AP

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Presiden Joko Widodo mengarahkan pengurusan pasukan keselamatan negaranya supaya memantau penyelenggaraan Hercules ekoran kebanyakan tragedi udara pesawat tentera dan polis membabitkan pesawat pengangkut berkenaan.

Presiden Indonesia yang lebih dikenali dengan nama Jokowi itu berkata pihak berkuasa harus pantau dan siasat penyelenggaraan pesawat Hercules bagi mencari punca sebenar pesawat jenis itu kerap terhempas.

Pada Ahad, pesawat Hercules jenis C-130 milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) yang membawa 13 anggota tentera terhempas di kawasan pergunungan Lisuwa di daerah Jayawijaya di Papua dan bangkai pesawat itu ditemui dalam keadaan hancur.

Pesawat itu berlepas dari daerah Timika ke Wamena di Papua pada pukul 5.35 waktu tempatan dan dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan 10 minit selepas itu.

Kesemua penumpang serta juruterbang terkorban dan jenazah mereka telah dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing.

Jokowi berkata walaupun hasil siasatan awal menyebut keadaan cuaca dan alam di Papua adalah antara punca kejadian namun beliau mahu kes-kes pesawat terhempas disiasat sehingga ke peringkat akar umbi termasuk laporan mengenai pemantauan penyelenggaraannya.

Seminggu sebelum kejadian semalam, sebuah pesawat pengangkut milik Polis Republik Indonesia dilaporkan terhempas di kawasan perairan Kepulauan Riau dan mengorbankan 13 pegawai kanan polis.

Pesawat jenis yang sama juga terhempas di kawasan awam Padang Bulan di Medan pada Jun tahun lepas dan mengorbankan 12 kru serta lebih 100 penumpang dan orang awam. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Joko Widodo , Hercules

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan