Duterte Minta Abu Sayyaf Cuti 'Perang' Sempena Krismas, Tahun Baharu

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte menggesa pihak Abu Sayyaf dan kumpulan bersenjata lain bercuti supaya penduduk Filipina dapat meraikan Hari Krismas dan menyambut Tahun Baharu dengan aman.

Malahan, Duterte dengan selamba berkata, dia juga sedia menjemput anggota kumpulan Abu Sayyaf untuk menghadiri majlis makan malam bersamanya jika mereka berada di kampung halamannya di Davao City.

Bercakap kepada wartawan ketika melawat markas tentera di barat Mindanao di Zamboanga, presiden Filipina itu berkata, dia berharap keadaan akan aman sepanjang musim percutian hujung tahun ini.

“Walaupun ia tidak disambut oleh masyarakat Moro, tetapi sekurang-kurangnya mereka perlu fikirkan keadaan penduduk Kristian yang menyambut Hari Natal.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru kepada semua orang, termasuklah komunis dan Abu Sayyaf. Kita hentikan seketika sempena musim perayaan ini.

“Mungkin kita boleh sambung berperang pada lain hari,” katanya merujuk kepada Abu Sayyaf.

Duterte melawat dan memberi bantuan kewangan kepada 16 anggota tentera Filipina di Hospital Kem Navarn yang cedera dalam pertempuran dengan Abu Sayyaf di Basilan dan Sulu baru-baru ini.

“Kita perlu memastikan kebajikan tentera kita terjaga. Mereka bertarung nyawa untuk negara ini,” katanya yang mengakui marah dengan tindakan penjenayah.

Ditanya apakah ucapan sempena cuti musim perayaan ini, Duterte berkata: "Saya akan berikan sepinggan syabu dan minta kamu memakannya."

Tags / Kata Kunci: Duterte , Abu Sayyaf , Davao City

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan