Budak Perempuan 7 Tahun 'Serang' Balai Polis

Diterbitkan: Ahad, 18 Disember 2016 11:15 AM

Kesan letupan melibatkan budak perempuan berusia tujuh tahun di balai polis Midan.

(Ubah saiz teks)

SEORANG budak perempuan berusia tujuh tahun yang masuk ke balai polis Midan di Damsyik kononnya untuk menggunakan tandas telah mengejutkan pelbagai pihak apabila tiba-tiba meletupkan dirinya, lapor media tempatan.

Media tempatan, Al-Watan melaporkan, letupan itu telah menyebabkan tiga anggota polis cedera.

"Seorang kanak-kanak perempuan masuk ke balai polis, dia membawa tali pinggang yang diledakkan dari jauh," demikian posting akhbar sama di laman Facebook.

Sumber polis berkata, kanak-kanak itu kelihatan seolah-olah tersalah jalan ketika masuk ke balai polis berkenaan dan meminta untuk menggunakan tandas di situ.

"Ia berlaku dengan pantas, tiba-tiba berlaku letupan yang mengorbankan kanak-kanak itu," katanya.

Kejadian itu mengakibatkan kerosakan pada bangunan balai polis itu.

Agensi berita Syria, Sana melaporkan berlaku letupan angkara pengganas di balai polis Midan selepas disahkan Badan Pemantau Hak Asasi Kemanusiaan negara itu.


Tags / Kata Kunci: Midan , Syria

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan