Pelajar Malaysia Didakwa Tipu Overdraf RM15.2 Juta - Berita Dunia | mStar

Pelajar Malaysia Didakwa Tipu Overdraf RM15.2 Juta

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2016 11:45 AM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Seorang pelajar Malaysia mengaku tidak bersalah di sebuah mahkamah di sini atas tuduhan tidak jujur dan mengambil kesempatan selepas sebuah bank tersalah memberikannya kemudahan overdraf tanpa had.

Akhbar Mirror yang memetik Daily Mail melaporkan, Christine Jiaxin Lee, 21, dituduh membelanjakan wang bank  Westpac sebanyak A$4.54 juta (RM15.2 juta) untuk membeli pakaian, barang kemas, kamera, pembersih vakum serta beg tangan termasuk jenama Birkin berharga A$148,000 (RM494,500).

Wang overdraf itu dimasukkan ke akaun Christine akibat kesilapan teknikal Westpac, namun gadis itu berkata, dia beranggapan wang itu diberikan ibu bapanya.

Dia mengaku tidak bersalah pada Selasa atas pertuduhan berlaku tidak jujur dan menipu dengan sengaja.

Portal berita itu mendakwa gadis tersebut berbelanja kira-kira A$217,000 (RM725,000) di kedai Christian Dior di bandar ini.

Menurut Westpac, pihaknya memberi wang overdraf tanpa had kepada Christine pada 2012 secara tidak sengaja.

Bagaimanapun, gadis itu mendakwa dia hanya menyedari perubahan dalam akaunnya pada pertengahan 2014, kemudiannya berbelanja besar selama 11 bulan.

Dia mendakwa beranggapan wang itu dipindahkan menerusi transaksi oleh ibu bapanya.

Westpac menyedari kesilapan itu pada April tahun lalu, manakala pelajar tersebut ditahan ketika cuba menaiki penerbangan ke Malaysia dari Sydney pada Mei lalu.

Peguam Christine, Hugo Aston memberitahu Daily Mail bahawa beliau yakin anak guamnya akan dibebaskan daripada pertuduhan itu. 

Tags / Kata Kunci: Sydney , Westpac
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan