Forbes: Putin Lelaki Paling Berkuasa, Trump Kedua

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2016 10:58 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Vladimir Putin adalah orang yang paling berkuasa di dunia untuk tahun keempat berturut-turut pada 2016, sementara Presiden Amerika Syarikat yang baharu dipilih, Donald Trump berada di tempat kedua.

Perkara itu dinyatakan majalah Forbes menerusi ranking tahunannya.

"Presiden Rusia itu telah menggunakan pengaruh negaranya dalam hampir setiap sudut di dunia," demikian tulis majalah perniagaan AS berkenaan.

"Dari tanah airnya ke Syria hingga ke pilihan raya presiden Amerika Syarikat, Putin terus mendapat apa yang dia mahu."

Pemimpin Rusia berusia 64 tahun itu "tidak dikekang oleh norma global konvensional (dan) jangkauannya semakin meluas pada tahun-tahun kebelakangan ini," kata Forbes.

Menurut majalah itu lagi, Trump yang baharu sahaja mengambil alih jawatan Presiden AS "mempunyai imuniti."

Trump, yang dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat bulan lalu, telah disenaraikan di tangga ke-72 pada 2015 oleh Forbes.

Sementara itu Canselor Jerman, Angela Merkel disenaraikan di kedudukan ketiga.

Barack Obama, yang tersenarai di tempat kedua pada 2015 menjunam ke tempat ke-48 tahun ini susulan kekalahan Parti Demokratik di tangan Trump.

Tempat keempat adalah milik Presiden China, Xi Jinping, manakala tempat kelima dalam senarai itu adalah Pope Francis.

Tags / Kata Kunci: Vladimir Putin , Donald Trump , Forbes

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan