Impian Murtaza Temui Messi Akhirnya Tercapai

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2016 10:13 AM

(Ubah saiz teks)

DOHA: Seorang kanak-kanak warga Afghanistan yang menjadi terkenal selepas gambarnya memakai jersi daripada beg plastik dengan nama Lionel Messi tersebar di media massa seluruh dunia, akhirnya berpeluang menemui idolanya.

Murtaza Ahmadi menemui bintang Barcelona itu di sini sebelum juara liga Sepanyol berkenaan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Al-Ahli dari Arab Saudi.

Berusia enam tahun, Murtaza dari Ghazni, wilayah pedalaman Afghanistan, masuk ke padang di Stadium Al-Gharaffa sambil dipimpin Messi sebelum perlawanan bermula.

Kanak-kanak itu dibawa khas oleh jawatankuasa yang mengawasi penganjuran Piala Dunia 2022 di Qatar untuk memenuhi impiannya.


Murtaza menjadi tajuk akhbar seluruh dunia awal tahun ini apabila gambarnya memakai jersi beg plastik dengan nama Messi dan nombor 10 ditulis dengan pen marker tersebar di Internet. 

Jersi itu dibuat oleh abangnya, Homayoun yang memungut beg plastik yang dibuang jiran mereka.

“Saya suka Messi. Dia pandai bermain bola dan saya suka jersi plastik yang ada namanya,” kata Murtaza ketika ditemui wartawan AFP ketika itu.

Tags / Kata Kunci: Murtaza Ahmadi , Lionel Messi , Doha

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan