Kolej Barefoot Lahirkan Wanita Buta Huruf Pakar Tenaga Solar

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2016 6:08 PM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Seorang nenek berusia 47 tahun, bergelar jurutera solar selepas mempelajari kaedah penggunaan tenaga matahari itu di Kolej Barefoot yang beroperasi di India.

Tarahing Masanin merantau ke Tolinia, secara sukarela ke Kolej Barefoot selama enam bulan pada 2014 kerana institusi itu memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran.

Dalam masa lima bulan, Tarahing telah melengkapkan 100 rumah dengan tenaga solar di Sabah.

Selepas enam bulan menamatkan latihan di kolej berkenaan, Tarahing juga menyertai kumpulan global “solar-mamas”, yang tergolong daripada jurutera solar, iaitu nenek buta huruf.

Pada Mac tahun ini, dua orang terpilih oleh pembantu Sabah Women Entrepreneurs & Professionals Association (Swepa) untuk mengikuti pembelajaran di kolej sama.

Selepas 40 tahun penubuhan kolej itu, pengasasnya, Sanjit “Bunker” Roy berjaya melahirkan beribu-ribu solar-mamas di seluruh dunia.

Secara keseluruhannya, 50,000 rumah dilengkapi tenaga solar, bersamaan dengan 500 perkampungan di 78 negara.

“Kenapa solar-mamas lebih tahu tentang tenaga solar, berbanding graduan yang belajar selama lima tahun? Ini kerana mereka diajar secara praktikal dan teruskan berlatih dan berlatih.
 
"Setiap enam bulan, seramai 40 wanita berdaftar di Barefoot College, kesemuanya di kalangan nenek dan buta huruf yang belajar menggunakan tangan sahaja,” kata Roy.
 
Ketika ini, Roy menghadiri Perhimpunan Wanita Dunia (WAW 2016) di Tokyo, untuk berkongsi pengalaman, pencapaian serta masa depan Kolej Barefoot.
 
Peserta dari seluruh negara berhimpun di situ, bersama-sama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, untuk membincangkan tentang isu wanita, serta
menggalakkan pencapaian wanita di Jepun dan seluruh dunia.
 
Roy yang berkongsi cerita tentang  pembelajaran di kolej itu berkata, tiada sebarang percakapan dan perbualan digunakan, kerana kepelbagaian pelajar yang hadir dari negara yang berbeza-beza.
 
“Mereka hanya tahu bertutur dalam bahasa ibunda sendiri. Mereka tidak tahu bercakap dalam bahasa Inggeris, mahupun bahasa India. Mereka hanya diajar menerusi pergerakan tangan sahaja ,” jelasnya.
 
Di kolej ini, mereka hanya menggunakan bahasa isyarat dan iPad sahaja.
 
Apabila mereka kembali ke kampung halaman sendiri, bengkel elektronik termasuk televisyen dan komputer akan diadakan di sana.
 
Kolej Barefoot mendapat sokongan kerajaan India, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), badan bukan kerajaan (NGO) dan dermawan dari beberapa negara.

Tags / Kata Kunci: Kolej Barefoot , Tolinia , solar

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan