Garuda Indonesia Lancar Perkhidmatan Ke Mumbai

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 2:17 PM

-Gambar fail AFP

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Garuda Indonesia kini terbang ke Mumbai.

Ini menandakan hubungan udara yang penting antara Indonesia dan India ketika kedua-dua negara membincangkan usaha untuk merapatkan lagi hubungan.

Penerbangan pertama dari Jakarta melalui Bangkok, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Mumbai pada petang Isnin.

Garuda Indonesia dalam satu kenyataan berkata ia menggunakan pesawat Boeing 737-800 yang menyediakan dua kategori kelas iaitu 12 tempat duduk perniagaan dan 144 tempat duduk ekonomi, bagi penerbangan berkenaan.

Pelancaran perkhidmatan tiga kali seminggu itu bertepatan dengan lawatan negara oleh Presiden Indonesia Joko Widodo ke India.

Perdana Menteri India Narendra Modi dan Widodo semalam mengalu-alukan  hubungan udara baharu itu dalam kenyataan bersama mereka, dengan menyebut mengenai pentingnya hubungan itu untuk meningkatkan perdagangan, pelancongan dan hubungan rakyat dengan rakyat.

Kedua-dua pemimpin juga menggalakkan penerbangan terus dari India ke Indonesia.

Kedua-dua negara berkenaan kini giat mempromosikan hubungan langsung perkapalan dan pelaburan sektor swasta menerusi pembangunan pelabuhan dan lapangan terbang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan