10 Maut Siklon Vardah Landa Chennai

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 3:46 PM

-fotoAFP

(Ubah saiz teks)

CHENNAI: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh apabila siklon Vardah melanda hab teknologi Chennai di selatan India, menyebabkan rumah-rumah musnah dan bekalan elektrik terputus, menurut pihak berkuasa.

Kebanyakannya musnah akibat dihempap pokok-pokok yang tumbang ditiup angin dengan kelajuan sehingga 140 kilometer (87 batu) sejam, yang turut memutuskan kuasa di sebahagian besar kawasan di selatan India itu.


Jabatan meteorologi India berkata Vardah, yang memaksa pemindahan 18,000 orang adalah taufan paling teruk yang melanda ibu negeri Tamil Nadu dalam tempoh lebih dari dua dekad.

"Setakat ini 10 orang disahkan mati. Kami akan mendapat laporan dari kawasan luar bandar, tetapi keadaan terburuk sudah berakhir," kata jurucakap Lembaga Pengurusan Bencana Negara, Abhishek Shandiyal.

Taufan itu menjadi semakin lemah apabila ia bergerak ke pedalaman, katanya.

Rakaman televisyen dari Chennai, di mana banjir besar tahun lepas mengorbankan sekurang-kurangnya 250 orang, menunjukkan kereta terbalik akibat angin kencang dan hujan lebat.

Bandar ini merupakan pusat bagi pengeluaran auto dan sumber luar IT.

Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai ditutup selama hampir 12 jam tetapi beroperasi semula pada hari Selasa, kata seorang pegawai lapangan terbang.

Perkhidmatan kereta api juga sebahagiannya telah disambung semula.
Tags / Kata Kunci: siklon Vardah , Chennai

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan