Keluarga Mangsa Cari Petunjuk MH370 Di Madagascar

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2016 5:18 PM

Blaine Gibson (kanan) bersama sebahagian keluarga mangsa MH370 di Madagascar pada 7 Disember lalu. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

NOSY BORAHA (Madagascar): Misi mencari petunjuk berhubung kehilangan insan tersayang dalam insiden pesawat MH370 yang masih diselubungi misteri begitu menyentuh emosi.

Beberapa keluarga cuba mencari jawapan mengenai nasib ahli keluarga mereka yang hilang dalam pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Kecewa dengan kurangnya perkembangan siasatan rasmi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines Boeing 777, keluarga terbabit menghabiskan masa seminggu di Madagascar dengan melakukan pencarian di pantai.

Serpihan yang dikenal pasti sebagai "hampir pasti" datang dari pesawat itu ditemui beberapa bulan lalu di pantai Afrika Timur, menjadikan pencarian bukannya ortodoks.

Jiang Hui, 44, dari China yang kehilangan ibunya dalam penerbangan itu tidak berputus untuk mencari punca hilangnya 239 orang tanpa kesan.

"Bila pertama kali saya melihat serpihan itu pada Rabu, saya amat teruja... dan sangat sedih," katanya dengan sebak.

"Setiap kali kami menemui serpihan, saya fikir kami begitu hampir kepada kebenaran. Inilah yang saya harapkan," katanya.

Sama ada lokasi mahupun punca nahas belum dikenal pasti, menimbulkan pelbagai teori konspirasi.

Keluarga mangsa mencari petunjuk di Madagascar dengan berjalan kaki menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan menunggang motosikal.

Kesemua mereka ditemani oleh Blaine Gibson, seorang penyiasat amatur warga Amerika yang juga berusaha mencari apakah yang berlaku kepada pesawat MH370. - AFP

Tags / Kata Kunci: MH370 , Blaine Gibson

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan