Tak Dapat Anak Lelaki, Ibu Tikam Lima Anak

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2016 2:05 PM

(Ubah saiz teks)

GUANDONG: Seorang ibu yang mengalami kemurungan didakwa membunuh empat anaknya, selepas melahirkan anak kelima, lapor media Cina.

Wanita berusia 31 tahun itu, yang hanya dikenali dengan nama keluarga Zhou, dilaporkan telah menikam lima anak perempuannya di kediaman mereka di Zhanjiang, selatan wilayah Guangdong, pada Jumaat, menurut Guangdong Radio and Television.

Zhou, yang telah melahirkan anak kelimanya bulan lepas, ditahan selepas penduduk kampung menghubungi polis.

Semua anaknya, yang berumur bawah lapan tahun telah dibawa ke hospital, tetapi empat daripada mereka meninggal dunia, laporan itu memetik kenyataan yang dikeluarkan dalam akaun Weibo polis Zhanjiang.

Zhou memberitahu polis bahawa beliau telah menikam anak-anaknya dengan pisau dapur kerana kecewa dan tertekan selepas melahirkan anak kelimanya bulan lepas.

Memetik suaminya sebagai berkata, pasangan itu telah berdoa untuk mendapat anak lelaki selama bertahun-tahun tetapi Zhou tetap melahirkan anak perempuan.

Penduduk kampung menggambarkan bagaimana mereka melihat percikan darah di tempat kejadian.

Salah seorang penduduk berkata, keluarga itu miskin dan suami Zhou bekerja jauh dari rumah, menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan isterinya bersama anak-anak dan bapanya yang kurang upaya.

Siasatan polis sedang dijalankan. - South China Morning Post
Tags / Kata Kunci: tikam anak , anak lelaki

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan