Ketua Kumpulan Abu Sayyaf Antara Yang Maut

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 10:06 PM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh pemimpin kumpulan Abu Sayyaf yang terlibat dalam penculikan pelancong asing, nelayan dan kelasi di sekitar perairan Sabah dan kepulauan Sulu, Filipina, kata pegawai Filipina pada Sabtu.

Abraham Hamid, ketua kumpulan tersebut, antara tiga lelaki yang dibunuh Platun Harimau Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam insiden berbalas tembakan di Semporna, Sabah pada petang Khamis.

"Kematian Hamid memberi tamparan hebat kepada Abu Sayyaf kerana ia menjejaskan keupayaan mereka untuk mengesan dan menculik mangsa pada masa akan datang," kata jurucakap Tentera Filipina di Mindanao Barat, Mejar Filemon Tan.

Menurut Tan, dua lagi lelaki yang maut merupakan anak buah Hamid dan identiti mereka tidak didedahkan.

Beliau berkata Hamid terlibat dalam penculikan dua warga Kanada, seorang pelancong dari Norway dan seorang warga Filipina dari sebuah kawasan peranginan terkemuka, Kepulauan Samal dalam wilayah Davao, 980 kilometer di selatan bandar Manila pada September 2015.

Dua warga Kanada iaitu Robert Hall, 50, dan Mr John Ridsdel, 68, dipenggal pada April dan Jun lalu.

Maritess Flor, 40, dari Filipina pula dibebaskan pada Jun lalu manakala warga Norway, Kjartan Sekkingstad dilepaskan selepas wang tebusan diterima.

Tan menyifatkan Hamid sebagai 'pemerhati' yang berkeliaran di perairan untuk mencari mangsa yang akan dihantar ke kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf di Kepulauan Sulu dan Basilan.

Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf , Abraham Hamid

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan