Korban Banjir Selatan Thai Meningkat 22 Mangsa, 750,000 Penduduk Terjejas

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 2:26 PM

PERDANA Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha (bertopi, berdiri) menyerahkan bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah Sena, bandar Ayutthaya pada 5 Oktober 2016. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Banjir yang melanda 12 wilayah di selatan Thailand sejak awal bulan ini meragut 22 nyawa dan menjejaskan kehidupan lebih 750,000 penduduk, kata Jabatan Pencegahan dan Kawalan Bencana.

Bagaimanapun, menurut pengarahnya, Chatchai Promlert, banjir di beberapa wilayah kini mula surut.

"Banjir juga merosakkan 1,565 jalan raya, 129 jambatan, 65 saluran paip air dan 59 empangan," katanya dalam kenyataan di sini sambil menjelaskan bahawa para pegawai akan terus memantau keadaan dan menghulurkan bantuan.

Beliau berkata laporan cuaca menyebut angin monsun timur laut akan terus membawa hujan ke wilayah selatan dan mengakibatkan ombak hingga setinggi dua meter di Teluk Siam dan Laut Andaman.

Antara wilayah yang paling teruk dilanda banjir ialah Nakorn Si Thammarat, yang menyebabkan empat orang maut dan menjejaskan kehidupan 300,000 penduduk, Surat Thani (mengorbankan empat nyawa dan menjejaskan kehidupan 120,000 penduduk) serta Songkhla dan Phattalung.

Hubungan kereta api ke wilayah selatan negara ini juga terjejas akibat bencana alam itu, katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Thailand

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan