Wanita Tercampak Ke Lantai Ditendang Semasa Turun Tangga

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2016 9:03 AM

Sumber Youtube/Mail Online

(Ubah saiz teks)

KEJAM, itulah yang dapat digambarkan apabila seorang wanita ditendang dari belakang semasa menuruni tangga sehingga dia jatuh tertiarap.

Rakaman litar kamera tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita sedang berjalan di dalam stesen metro di Berlin, Jerman semasa dihampiri seorang lelaki yang memegang minuman beralkohol dan rokok.

Suspek yang berpakaian jaket kulit dan berseluar jeans kemudiannya menendang belakang wanita itu, menyebabkan mangsa jatuh tangga.

Dia kemudiannya berlalu pergi, manakala tiga rakannya memandang wanita itu sambil mentertawakannya yang dalam keadaan tertiarap di atas lantai.

Menurut media tempatan, wanita itu dibantu orang ramai sebelum dibawa ke hospital.

Polis sedang menyiasat rakaman berkenaan, dan keterangan mangsa yang dikatakan berusia 26 tahun diambil untuk membantu siasatan. - Mail Online




iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan