Jokowi Arah Segerakan Pembinaan Semula Bangunan Awam - Berita Dunia | mStar

Jokowi Arah Segerakan Pembinaan Semula Bangunan Awam

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2016 10:39 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Presiden Joko Widodo melawat mangsa gempa bumi di Aceh dan meninjau kawasan runtuhan bangunan akibat gempa yang melanda tiga buah kawasan di wilayah itu pada awal pagi Rabu lepas.

Beliau juga dilapor mempengerusikan mesyuarat khas dengan pihak berkuasa dan pasukan mencari dan menyelamat serta mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk mempercepatkan proses pembinaan semula bangunan-bangunan awam yang runtuh.

"Keutamaan ialah membina semula (bangunan awam yang runtuh), yang penting evakuasi dan bantuan mangsa di hospital sudah ditangani dengan baik," katanya seperti yang dipetik oleh portal berita detik.com

Presiden yang mesra dengan nama Jokowi itu dijadual melawat Pidie Jaya, kawasan paling serius dilanda gempa berkenaan.

Gempa bumi berukuran 6.5 Skala Richter itu mengakibatkan runtuhan bangunan di Pidie Jaya, Pidie dan Bireuen yang terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu kota Banda Aceh.

Setakat ini sebanyak 102 orang disahkan maut manakala lebih 1,000 orang lagi cedera dan lebih 10,000 kehilangan tempat tinggal.

Operasi mencari dan menyelamat yang disertai lebih 1,000 anggota pasukan keselamatan masih diteruskan dan jumlah mangsa dipercayai bertambah ekoran masih terdapat beberapa buah kawasan penduduknya belum dipindahkan kerana masalah teknikal dan masalah laluan jentera berat untuk memasuki kawasan berkenaan.

Masih ramai penduduk yang selamat juga dilaporkan trauma dan enggan pulang ke rumah masing-masing.

Banda Aceh pernah dilanda gempa berukuran lebih 9 Skala Richter yang mengakibatkan berlakunya tsunami dan mengorbankan lebih 170,000 orang pada 26 Disember 2004.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Jokowi , Acheh
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan