Angkasawan AS Pertama Orbit Bumi Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2016 9:41 AM

John Glenn. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

BEKAS senator, John Glenn yang juga angkasawan warga Amerika Syarikat pertama mengelilingi Bumi, meninggal dunia pada usia 95 tahun.

Glenn menghembuskan nafas terakhir pada Khamis dihadapan ahli keluarganya di Pusat Perubatan Ohio State University Wexner di Columbus.

Angkasawan itu meninggal dunia seminggu selepas dimasukkan ke hospital akibat penyakit yang tidak dikenal pasti.

John Glenn semasa bergelar angkasawan. Foto Reuters

Glenn meninggalkan balu, Annie yang dikahwininya selama 73 tahun; anak lelaki, John Glenn Jr; anak perempuan, Carolyn dan cucu-cucunya.

Gabenor Ohio, John R. Kasich dalam satu kenyataan pada Khamis berkata: "Kami amat berduka cita di atas pemergiannya, dan John Glenn akan sentiasa dikenang sebagai wira kelahiran Ohio." - Mail Online

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan