Time Iktiraf Donald Trump 'Individu Tahun Ini'

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 9:24 AM

Foto Mail Online

(Ubah saiz teks)

DONALD Trump diiktiraf sebagai 'Individu Tahun Ini' oleh majalah Time.

Beliau yang diberi mandat sebagai presiden Amerika Syarikat yang baharu diumumkan mendapat pengiktirafan itu pada Rabu, menewaskan calon akhir termasuk Hillary Clinton, Beyonce dan Vladmir Putin.

Ia merupakan tahun kedua berturut-turut Trump menjadi calon akhir bagi penganugerahan itu.

Trump berkata, menjadi penghias kulit majalah Time merupakan satu penghargaan besar buat beliau.

Foto Mail Online

Ketua Pengarang Time, Nancy Gibbs berkata, ia merupakan keputusan paling mudah buat majalah itu setakat ini dalam memberikan penganugerahan sedemikian.

Majalah itu melalui waktu kritikal dan dunia politik Trump sejak setahun lalu selepas keluaran 22 Ogos menunjukkan 'muka lebur' bakal pemimpin AS itu dengan perkataan 'Meltdown' (Lebur).

Dua bulan kemudian, pada 24 Oktober imej tersebut lebih buruk dengan tajuk 'Total Meltdown' (Lebur Semuanya). Mail Online

Tags / Kata Kunci: Donald Trump , Time

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan