48 Terbunuh Nahas Pesawat Pakistan

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 7:32 AM

Anggpta tentera dan sukarelawan dalam operasi mencari mangsa dari bangkai pesawat PIA yang terhempas di lokasi nahas di Saddha Batolni di daerah Abbottabad di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

SADDHA BATOLNI (Pakistan): Semua 48 mangsa yang menaiki pesawat Pakistan yang terhempas pada Rabu terbunuh, sekaligus menjadikan ia salah satu daripada nahas penerbangan terburuk dalam sejarah negara itu.

Pihak berkuasa penerbangan awam berkata, penerbangan Pakistan International Airlines (PIA) PK661 terhempas selepas salah satu daripada enjin turbopropnya gagal berfungsi semasa dalam penerbangan dari bandar Chitral ke Islamabad.

Pasukan penyelamat, termasuk ratusan penduduk kampung berusaha membawa keluar mayat dari bangkai pesawat, yang ditemui beberapa ratus meter dari daerah Abbottavad di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Menurut seorang wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian berkata, sebahagian pesawat masih lagi terbakar selama lebih lima jam selepas terhempas.

Sementara itu, pasukan penyelamat mengumpulkan mayat dan meletakkan kesemuanya di dalam beg sebelum dibawa ke Islamabad untuk proses pengecaman. - AFP

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan