Penduduk Trauma, Acheh Bergegar Menjelang Subuh

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 11:32 AM

Gempa Bumi Aceh

  • 1 of 8
  • Gempa Aceh 1

    Seorang mangsa gempa terselamat ditemani ahli keluarga di hospital daerah di Pidie Jaya, Aceh. Foto AFP

  • Gempa Aceh 2

    Ahli keluarga meratapi pemergian seorang mangsa yang maut dalam kejadian gempa Aceh. Foto AFP

  • Gempa Aceh 3

    Keadaan sebahagian masjid yang musnah akibat gempa di Aceh. Foto AFP

  • Gempa Aceh 4

    Sebuah hospital di bandar Aceh menyediakan ruang rehat pesakit yang cedera sementara menunggu mendapatkan rawatan. Foto AFP

  • Gempa Aceh 5

    Kelihatan tangan seorang mangsa yang terselamat di sebalik runtuhan bangunan akibat gempa, di Pidie Jaya, Aceh. Foto AFP

  • Gempa Aceh 6

    Pasukan operasi mencari dan menyelamat membawa mayat mangsa gempa Aceh. Foto AFP

  • Gempa Aceh 7

    Seorang lelaki melintas di hadapan hospital daerah yang musnah akibat gempa di Aceh. Foto AFP

  • Gempa Aceh 8

    Pasukan mencari dan menyelamat berusaha mencari mangsa yang tertimbus di sebalik runtuhan bangunan akibat gempa di Aceh. Foto AP

x
(Ubah saiz teks)

BANDA ACHEH: Gempa bumi bermagnitud 6.5 yang menggegarkan wilayah Aceh pada pagi Rabu berlaku ketika ramai penduduk bangun untuk mengerjakan solat Subuh.

Malahan, ada yang berjemaah di masjid ketika gegaran kuat berpusat di darat itu berlaku pada pukul 5.03 pagi (waktu tempatan).

Seorang jemaah yang dikenali sebagai Zainal Abidin berkata, dia dan rakan lain yang ketika itu berada di Masjid Jami Nur Abdullah, Pidie Jaya bergegas keluar bangunan itu.

"Kami sedang mengaji sementara menunggu untuk solat berjemaah ketika gempa berlaku," katanya kepada media tempatan Okezone.

Sementara itu, AFP melaporkan, ketika ini, operasi menyelamat giat dilakukan untuk mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan kediaman dan bangunan.

Pihak berkuasa menggunakan beberapa jentera berat untuk mengalihkan timbunan runtuhan.

Seorang saksi berkata, penduduk tempatan di daerah Pidie Jaya dan Pidie, dua kawasan paling teruk terjejas dalam bencana itu bergegas ke kawasan terbuka kerana bimbang berlaku gempa susulan.

Gambar daripada lokasi kejadian pula menunjukkan sejumlah kediaman, bangunan dan masjid runtuh di bandar Meureudu, Pidie Jaya, manakala kereta-kereta pula ranap di bawah timbunan runtuhan.

Penduduk Meureudu, Hasbi Jaya, 37, berkata, keluarganya sedang tidur apabila gempa kuat itu berlaku.

“Nasib baik kami segera berlari keluar kerana rumah kami runtuh dan musnah sama sekali.

“Saya melihat persekitaran dan mendapati rumah jiran-jiran turut musnah,” katanya.

Hospital tempatan di Pidie Jaya menerima sejumlah besar mangsa cedera hingga ada yang terpaksa diberi rawatan di kawasan lapang di pekarangan hospital.

“Sebahagian lagi pesakit dihantar ke hospital di daerah lain yang mempunyai fasiliti lebih baik,” kata Timbalan Pegawai Daerah, Said Mulyadi.

Menurut Said, sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak  antara mangsa yang terbunuh dengan ramai lagi mengalami patah tulang dan pelbagai kecederaan lain.

“Banyak rumah kedai ranap, ramai orang masih hidup tetapi terperangkap,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua jabatan meteorologi tempatan, Eridawati berkata, sekurang-kurangnya lima gegaran susulan menyusul selepas gempa tersebut.

Hampir 100 orang terkorban dalam gempa bumi itu setakat petang Rabu dengan angka korban dijangka terus meningkat. 


Tags / Kata Kunci: Acheh , Pidie Jaya , gempa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan