Krisis Rohingya: Myanmar Larang Pekerja Ke Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 8:07 PM

(Ubah saiz teks)

YANGON: Myanmar melarang pekerjanya ke Malaysia susulan hubungan yang kurang baik dengan negara jiran itu berhubung tindakan keras tentera ke atas etnik minoriti Rohingya.

Langkah itu dibuat selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak membidas pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi kerana membenarkan "pembunuhan beramai-ramai" semasa perhimpunan pada Ahad lalu di Kuala Lumpur yang menarik kehadiran ribuan orang.

Perhimpunan itu dianjurkan bagi membantah tindakan keras Myanmar hingga memaksa lebih 20,000 umat Islam Rohingya ke Bangladesh.

Krisis berkenaan mencetuskan bantahan di negara-negara Islam di seluruh rantau ini, termasuk Malaysia.

Kementerian imigresen Myanmar berkata pihaknya telah berhenti mengeluarkan lesen baharu kepada rakyatnya untuk bekerja di Malaysia yang selama ini menjadi destinasi utama bagi buruh asing.

"Buat sementara waktu Myanmar berhenti menghantar pekerja ke Malaysia sejak 6 Disember kerana keadaan semasa di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, tanpa mengulas lanjut.

Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada puluhan ribu pekerja Myanmar. -AFP

Tags / Kata Kunci: Rohingya , Myanmar , Pekerja Asing

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan