Gempa Aceh: 25 Penduduk Disahkan Maut

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 11:46 AM

SEBUAH masjid di Banda Aceh mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi kuat pada awal pagi 7 Disember 2016. - Ihsan Facebook

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

ACEH: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh termasuk kanak-kanak dan berpuluh-puluh mangsa lagi terperangkap apabila gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter menggegarkan Banda Aceh pada awal pagi Rabu.

Kejadian tersebut turut menyebabkan berpuluh-puluh bangunan runtuh dan sejumlah penduduk dilaporkan cedera, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Penduduk Aceh melihat kerosakan berpuluh-puluh bangunan yang roboh akibat gempa kuat di Ulu Glee, Pidie Jaya pada 7 Disember 2016. - REUTERS

Pegawai daerah tempatan, Apriadi Achmad berkata, ramai mangsa terperangkap apabila deretan kedai dan rumah runtuh akibat gempa terbabit di daerah Pidie Jaya.

"Jentera berat telah dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap," katanya.

Ahli kelurga mangsa yang terbunuh berkumpul selepas gempa kuat melanda daerah Pidie Jaya pada 7 Disember 2016. - AFP

Sementara itu, pegawai Agensi Pengurus Bencana Kebangsaan (BNPB) Sutopo Nugroho berkata, gegaran yang dirasai amat kuat sehingga menyebabkan orang ramai panik dan berlari keluar ke kawasan lapang.

Imej yang tersebar dalam media sosial juga menunjukkan runtuhan bangunan akibat gempa berkenaan, selain tiang elektrik yang tumbang dan orang ramai berkumpul di jalan.

Sekurang-kurangnya lima gegaran susulan dicatatkan selepas gempa kuat itu.

Penduduk Aceh berkumpul di luar sebuah masjid yang rosak akibat gempa kuat di Pidie Jaya, Aceh pada 7 Disember 2016. - AFP

Tags / Kata Kunci: Gempa Bumi , Banda Aceh

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan