36 Mayat Ditemui Dalam Nahas Pesawat Pakistan

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 11:45 PM

Anggota keselamatan mengawal laluan trafik di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto di Islamabad, Pakistan. Orang awam dan petugas media berkumpul di lokasi berkenaan bagi mendapatkan maklumat terkini insiden pesawat terhempas. -AP

(Ubah saiz teks)

SEHINGGA kini pasukan tentera menemui 36 mayat mangsa kejadian pesawat Pakistan terhempas pada Rabu.

Menurut jurucakap syarikat penerbangan Pakistan International Airlines (PIA) dan pihak polis, mereka percaya tiada mangsa yang terselamat dalam insiden berkenaan.

Pesawat itu membawa 42 penumpang, lima anak kapal dan seorang jurutera darat.

Menurut pegawai kanan polis, Khurram Rasheed, pesawat itu terhempas di sebuah kampung berhampiran bandar Havelian - terletak kira-kira 75 kilometer di barat laut ibu negara, Islamabad.

Sementara itu Pervez George, jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, memberitahu Associated Press bahawa satu pasukan pakar akan menentukan punca selepas menemui perakam kotak hitam pesawat.

"Saya tidak fikir ada peluang untuk mencari mangsa yang terselamat," katanya.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, unit khas telah dihantar untuk membantu mengenal pasti mayat melalui ujian DNA.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan