Akaun Twitter Budak Syria 'Hilang' - Berita Dunia | mStar

Akaun Twitter Budak Syria 'Hilang'

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2016 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Akaun Twitter budak perempuan tujuh tahun yang mendapat perhatian dunia susulan tindakannya mengemaskini situasi di Aleppo tidak lagi aktif sejak pasukan keselamatan negara itu memasuki kawasan yang sebelum ini dikuasai pemberontak.

Bana Alabed, di mana akaunnya @AlabedBana dikendalikan ibunya, Fatemah mempunyai hampir 200,000 pengikut sejak aktif dalam media sosial pada September lalu.

Kanak-kanak itu memuatnaik gambar dan video di negara yang berdepan konflik sejak enam tahun lalu itu.

Minggu lalu, Fatemah memuatnaik tweet termasuk gambar Bana diseliputi habuk bagi menggambarkan kesan tindakan pasukan keselamatan kerajaan di timur bandar itu.

Beliau kemudiannya memberitahu Reuters mengenai keluarganya yang menetap bersama jiran sementara mendapat rumah baharu.

Pada Ahad, dia memberitahu pengikutnya menerusi tweet: "Kami pasti tentera akan menawan kami. Kita akan bertemu lagi di lain hari. Bye. - Fatemh#Aleppo"

Semakan pada akaun berkenaan bagaimanapun mendapati ia tidak lagi wujud, menyebabkan ramai pihak bimbang mengenai keselamatan Fatemah dan anaknya itu.

Situasi itu menyebabkan netizen mula mewujudkan hashtag #WhereIsBana.

Penduduk di barat Aleppo memberitahu, komunikasi dengan dunia luar makin sukar sejak jaringan Internet terjejas.

Penulis Harry Potter, JK Rowling menerusi ejennya yang menghantar ebuku kepada Bana juga maklum mengenai 'kehilangan' akaun kanak-kanak itu.

Tentera Syria dan anggota pasukan keselamatan negara gabungan memasuki timur Aleppo pada Isnin. -Reuters

Tags / Kata Kunci: @AlabedBana , Fatemah , Syria
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan