Trafik Di Pusat Pemeriksaan Tuas Lancar Selepas Kemalangan

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2016 11:42 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Aliran trafik di Pusat Pemeriksaan Tuas menjadi bertambah lancar selepas kemalangan yang mengorbankan seorang lelaki dan mencederakan dua yang lain, awal pagi Selasa.

Tinjauan Bernama pada rakaman kamera mengenai trafik di www.checkpoint.sg pada 9.15 pagi, tidak menunjukkan kesesakan lalu lintas yang panjang di pusat pemeriksaan itu.

Masa yang dianggarkan untuk tiba di pusat bandar ialah kira-kira 95 hingga  125 minit, menurut laman web berkenaan.

Bagaimanapun, lalu lintas didapati sesak di pusat pemeriksaan berkenaan selepas kemalangan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan awal pagi ini, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriskaan Singapura (ICA) berkata kemalangan jalan raya yang berlaku di Pusat Pemeriksaan Tuas, menjejaskan kelancaran trafik.

"Kemalangan berlaku pagi ketika waktu puncak dan keadaan trafik sedang sesak. Pengguna jalan raya boleh menjangkakan kelewatan akan berlaku. Maklumat lanjut akan diberikan jika ada," menurut kenyataan itu.

Pihak Berkuasa berkata kemalangan berkenaan telah menjejaskan lorong bas dan lori pada laluan masuk ke jambatan.

Sementara itu, memetik kenyataan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Channel NewsAsia melaporkan bahawa ambulans telah dihantar ke tempat kejadian selepas ia menerima panggilan untuk bantuan pada 5.09 pagi.

Seorang lelaki berusia 50-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik. Seorang wanita dan seorang lelaki, kedua-duanya berusia 30-an yang masih sedarkan diri, juga dihantar ke Hospital Umum Ng Teng Fong, menurut SCDF.

Dalam maklumat terbaharu, ICA memaklumkan kemalangan itu melibatkan tiga penunggang motosikal warga Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Tuas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan