Menteri Kewangan New Zealand Tawar Diri Jadi PM

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2016 9:39 AM

(Ubah saiz teks)

WELLINGTON: Menteri Kewangan New Zealand, Bill English berkata pada Selasa bahawa beliau akan menawarkan diri sebagai calon untuk menggantikan bekas Perdana Menteri, John Key.

Key, yang membuat pengumuman mengejut bagi melepaskan jawatan pada Isnin berkata, beliau mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga.

English, yang dianggap peneraju bagi mengambil jawatan itu berkata kepada pemberita selepas mesyuarat kaukus di Parlimen bahawa beliau mempunyai "banyak tanda-tanda sokongan kuat."

Tags / Kata Kunci: New Zealand , Bill English , John Key

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan