Apple Watch Catat Rekod Jualan Tinggi Minggu Pertama Cuti

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2016 2:39 PM

(Ubah saiz teks)

SAN FRANCISCO: Jualan Apple Watch mencatat rekod jualan yang tinggi pada minggu pertama musim cuti kali ini, demikian menurut Ketua Eksekutif Apple Inc, Tim Cook.

Menjawab satu e-mel daripada Reuters, Cook berkata jualan jam berkenaan mencecah paras tertinggi yang baru.

"Data kami menunjukkan bahawa Apple Watch mencatat jualan terbaik dan dilihat menjadi salah satu hadiah percutian yang paling popular tahun ini," demikian menurut Cook.

"Pertumbuhan jualan melebihi jangkaan. Malah pada minggu pertama percutian membeli-belah kali ini, jualan Apple Watch adalah lebih besar berbanding mana-mana minggu dalam sejarah produk itu. Dan seperti yang kita harapkan, kita berada di landasan yang betul untuk suku terbaik pernah direkodkan untuk Apple Watch," katanya.

Ulasan Cook dibuat susulan laporan pada 5 Disember daripada firma penyelidikan teknologi IDC yang menganggarkan bahawa jam berkenaan dijual sebanyak 1.1 juta unit pada suku ketiga 2016 - turun 71 peratus daripada suku tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Apple Watch

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan