Arab Saudi Umum Batal Yuran Visa Haji, Umrah

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 6:40 PM

(Ubah saiz teks)

RIYADH: Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Sabtu lalu mengisytiharkan akan membatalkan yuran visa haji dan Umrah bermula tahun ini, demikian menurut ahli Jawatankuasa Tertinggi Haji dan Umrah, Nasir Toruk.

Keputusan untuk membatalkan caj yang baru diperkenalkan dibuat susulan protes rakyat Mesir dan umat Islam di negara-negara lain yang menyifatkannya sebagai mahal, lapor Alborsa News.

Selain pembatalan caj yang baru dikenakan, Arab Saudi akan memberikan dua visa percuma kepada setiap syarikat berlesen yang terbabit dalam bidang haji dan umrah.

Sementara itu, pihak berkuasa Arab Saudi menggesa orang Mesir untuk melakukan reformasi ke atas badan yang mengawal syarikat Mesir yang mengkhusus dalam bidang pelancongan agama.

Bekas ketua Jawatankuasa Pelancongan Agama Mesir, Basel Al-Sisi, berkata pembatalan caj itu akan memberi kesan positif kepada sektor pelancongan agama, sekali gus menyifatkan tindakan Arab Saudi itu sebagai "langkah positif ke arah yang betul."

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pihaknya belum menerima sebarang notis rasmi berhubung keputusan itu, sambil mendakwa apa yang berlaku kini hanya berdasarkan laporan media dari pihak Saudi. Al-Sisi berkata demikian walaupun pengumuman rasmi sudah dibuat oleh Nasir Toruk. - Agensi/Berita Harian


Tags / Kata Kunci: Raja Salman , Visa Haji Umrah

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan