Mendiang Fidel Castro Disemadi pada Ahad

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2016 9:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Abu mendiang bekas Presiden Cuba, Fidel Castro akan disemadikan pada Ahad (8 malam waktu Malaysia) di Santiago de Cuba iaitu tempat perjuangan revolusi Cuba bermula pada 1959.

Duta Besar Cuba ke Malaysia Ibete Fernandez berkata abu Castro tiba di Santiago (de Cuba) selepas perjalanan "pulang" selama empat hari dari Havana dan disambut oleh sebilangan besar rakyat Cuba di Dataran Revolusi Antonio Maceo.

"Pada 1959, beliau berarak di laluan yang sama, iaitu dari Santiago de Cubake Havana. Hanya kali ini, beliau kembali ke Santiago de Cuba untuk disemadikan. Laluan itulah yang digunakan Castro untuk membangkitkan semangat revolusi dan kebebasan kepada rakyat di seluruh negara.

"Idea-idea beliau akan "hidup" selama-lamanya. Kami amat berdukacita dan sedih tetapi ia adalah perkara biasa kerana Fidel adalah seorang tokoh bapa kepada rakyat Cuba," katanya kepada Bernama selepas berakhirnya upacara menandatangani Buku Takziah di Kedutaan Cuba pada Ahad.

Upacara itu, yang dihadiri oleh Duta dari Equador, Venezuela, Vietnam, Namibia dan Pesuruhjaya Tinggi dari Afrika Selatan, menandakan berakhirnya tempoh berkabung di Cuba.  

"Saya ingin melahirkan penghargaan saya kepada negara-negara sahabat baik Cuba yang hadir hari ini untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas Presiden itu.

"Cuba amat berterima kasih atas semua manifestasi perpaduan dan sokonganyang diterima bukan sahaja daripada kerajaan tetapi juga dari rakyat biasa,"kata beliau.

Beliau juga memetik pengumuman Presiden Cuba Raul Castro di dataran itu,dengan menyatakan bahawa Castro tidak mahu apa-apa pun, termasuk institusi, jalan, bangunan atau tugu dinamakan sempena nama beliau. 

"Beliau hanya mahu dikenang sebagai Fidel Castro yang membawa kemenangan dan mempertahankan maruah negara ini, dan tidak lebih daripada itu," kata beliau.

Fidel Castro, ahli politik dan tokoh revolusi yang memimpin Cuba selama 47 tahun dari 1959 hingga 2006, meninggal dunia pada 25 Nov (Jumaat) ketika berusia 90 tahun.     

Kerajaan Cuba mengumumkan pada hari berikut bahawa abu mendiang akan disemadikan di Tanah Perkuburan Santa Ifigeria di Santiago de Cuba pada Ahad. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Fidel Castro

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan