Pesawat Polis Indonesia Terhempas Di Perairan Batam

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2016 5:06 PM

Pesawat M-28 Skytruck.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pesawat enjin berkembar yang dikendalikan polis Indonesia terhempas ke dalam laut dekat Batam pada Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan.

Pesawat tersebut membawa 15 orang, dengan sebahagiannya merupakan anggota polis dan kru penyelenggaraan kapal terbang.

Bangkai pesawat M-28 Skytruck ditemui nelayan di perairan Pulau Senayang, wilayah Pulau Riau pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan.

Badan pesawat merupakan antara serpihan yang ditemui.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singaura (CAAS) mengesahkan pesawat ringan polis Indonesia, P4201 terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Singapur di Kawasan Maklumat Penerbangan Singapura pada pukul 11.22 pagi waktu Malaysia.

Singapura menguruskan penerbangan di beberapa kawasan di Riau sejak 1946.

Komander Pangkalan Tentera Laut Tanjung Pinang, Laksamana Pertama S. Irawan memberitahu The Straits Times, pesawat itu dalam penerbangan dari Pangkal Pinang di Pulau Bangka-Belitung ke Batam pada kira-kira pukul 10 pagi apabila ia hilang dari radar.

"Satu letupan didengari penduduk tempatan sebelum pesawat berkenaan menjunam," tambahnya.

Tentera Laut Indonesia menggerakkan tiga kapal dan dua bot peronda untuk operasi mencari. - The Straits Times/Asia News Network 

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan