Jurulatih Sarkas Maut Dibaham Singa

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 12:05 PM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Seorang jurulatih haiwan buas maut diterkam seekor singa ketika mengadakan pertunjukan secara langsung di Mesir baru-baru ini.

Dalam kejadian tragis itu, mangsa dikenali sebagai Islam Shaheen, 35, dirakamkan sedang mengarahkan seekor singa menggunakan sebatang kayu ketika seekor singa lagi memanjat tangga semasa persembahan yang diadakan di Iskandariah.

Namun secara tiba-tiba, singa ketiga terus menerkam Shaheen dan menggigit bahagian lehernya sambil diperhatian oleh seorang lagi lelaki yang dipercayai pembantu jurulatih tersebut.

Kejadian berkenaan turut disaksikan oleh berpuluh kanak-kanak yang terkejut dan menjerit apabila melihat aksi ganas singa terbabit.

Beberapa lagi jurulatih cuba membantu Shaheen dengan memukul singa berkenaan menggunakan kayu untuk menghalau haiwan pemangsa itu.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital Andalusian Salam tetapi disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Menurut adiknya, Shaheen memiliki pengalaman selama 10 tahun bekerja sebagai jurulatih di sarkas.

Sementara itu, jurucakap sarkas, Mohammed Mustafa berkata, serangan itu berlaku akibat kelakuan sensifit singa tersebut memandangkan ketika ini merupakan musim mengawan.

Singa terbabit telah dihantar ke pusat pemeriksaan haiwan untuk tindakan lanjut dan tidak akan menyertai sebarang pertunjukan.

Tags / Kata Kunci: Islam Shaheen

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan