Tragedi Chapecoense: Rakaman Terakhir Juruterbang Wanita Disiar

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 3:15 PM

(Ubah saiz teks)

RAKAMAN akhir yang menunjukkan seorang pembantu juruterbang wanita diwawancara oleh sebuah stesen televisyen beberapa jam sebelum dia terbunuh dalam nahas yang mengorbankan 71 nyawa di Colombia, tersebar pada Jumaat.

Sisy Arias, yang bertugas sebagai pembantu juruterbang penerbangan awam buat kali pertama, mengikuti wawancara tersebut sebelum dia berlepas dari Bolivia.

Sambil duduk di kokpit, wanita cantik berusia 29 tahun tersebut yang dikenali sebagai seorang model di Colombia, memberitahu kepada wartawan bahawa dia berbangga membawa pasukan bola sepak Brazil, Chapecoense ke perlawanan akhir Copa Sudamericana di Medelin.

Namun beberapa jam kemudian, penerbangan itu berakhir dengan tragedi apabila pesawat dinaiki oleh 77 penumpang dan krew terhempas di kawasan pergunungan di Colombia.

"Perkara yang paling penting perlu diketahui adalah pasukan ini menggunakan penerbangan Bolivia menuju ke Medellin, walalupun jika merupaka merupakan adalah kelab Brazil," katanya dalam wawancara tersebut.

Bapa Arias yang merupakan seorang wartawan di Colombia, Jorge Arias, hanya mengetahui kematian anaknya menerusi maklumat yang tersebar dalam laman media sosial.

"Saya berharap Tuhan merahmati kematiannya. Anak perempuan, ayah sayangkan kamu, ayah sayangkan kamu dan sentiasa menyayangimu.

"Sayang, ayah tidak tahu bagaimana menghadapi hidup ini tanpa kamu. Sisyta, anak perempuan ayah selamanya," kata Jorge.

Pautan asal, klik sini.


Tags / Kata Kunci: Chapecoense

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan