Rachmawati Soekarnoputri, Ahmad Dhani Ditahan Cuba Timbul Kekacauan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 12:18 PM

Perhimpunan Aksi Damai diadakan di sekitar bandaraya Jakarta pada Jumaat bagi membantah kenyataan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Polis menahan beberapa individu termasuk Rachmawati Soekarnoputri, adik bekas presiden Megawati Soekarnoputri, dan artis popular Ahmad Dhani, atas tuduhan cuba menimbulkan kekacauan politik bersempena perhimpunan Aksi Damai, 2 Disember hari ini.

Peguam Rachmawati, Aldwin Rahardian dipetik oleh media dalam talian sebagai berkata, anak presiden pertama Indonesia, Soekarno, itu ditahan di kediamannya di sini pada pagi Jumaat.

Ahmad Dhani, yang juga calon Pilkada bagi jawatan Pegawai Daerah (Bupati) Bekasi, pula ditahan ketika sedang bersiap untuk menyertai perhimpunan itu.

Selain mereka, beberapa aktivis masyarakat termasuk Ratna Sarumpaet dan Kivlan Zen turut ditahan di Markas Polis Pasukan Khas Bergerak (Brigade Brimbom) bagi membantu siasatan mengenai cubaan menimbulkan kekacauan politik.

Setakat ini polis masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penangkapan berkenaan.

Lebih 300,000 umat Islam hari ini membanjiri sekitar ibukota di sini bagi menyertai perhimpunan yang dikenali sebagai 'Aksi Damai 2 Dis' bertujuan menggesa pihak berkuasa menahan penyandang Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama yang sedang menghadapi tuduhan menista agama.

Orang ramai termasuk kaum wanita dan golongan remaja mula berkumpul seawal pukul 5 pagi selepas solat subuh di Masjid Istiqlal di sini dan mereka bergerak menuju ke perkarangan Monumen Nasional (Monas) bagi mendengar ceramah, berzikir dan berdoa sebelum menunaikan solat Jumaat di perkarangan tugu negara itu.

Perhimpunan itu susulan demonstrasi 4 November lepas bagi mendesak pihak berkuasa menahan gabenor Jakarta atau lebih dikenali sebagai Ahok ekoran ucapannya di Kepulauan Seribu dua bulan lepas.

Dalam ucapan bertemu pengundi itu, Ahok dipetik sebagai meminta umat Islam supaya tidak terpedaya dengan pihak menggunakan surah Al Maidah yang meminta umat Islam tidak memilih golongan bukan Islam untuk menjadi pemimpin mereka. 

Ahok adalah satu-satunya calon bukan beragama Islam, dicabar dua calon lain iaitu Anies Baswedan dan Agus Harimurti Yudhoyono bagi merebut jawatan Gabenor Jakarta pada Pilihan raya Ketua Daerah (Pilkada) Februari tahun depan.

Kenyataan Ahok itu menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh Indonesia dan polis akan mendakwa Ahok di mahkamah atas kesalahan mengikut undang-undang penistaan agama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dari enam tahun.

Pada perhimpunan kali ini, pasukan keselamatan yang mengawal keadaan turut menyertai perhimpunan itu dengan berzikir.

Ketua Polis Republik Indonesia Tito Karnavian turut berucap dan menggesa agar umat Islam bersabar kerana polis sudah melengkapkan siasatan dan akan membawa Ahok ke mahkamah untuk dibicarakan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Ahmad Dhani , Ahok , Aksi Damai

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan