Tragedi Chapecoense: Rakaman Detik Akhir Juruterbang Disiarkan

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 3:06 PM

MIGUEL sempat bergambar bersama pemain Chapecoense di kokpit sebelum pesawat yang dipandunya terhempas di Colombia pada 29 November 2016.

(Ubah saiz teks)

BOGOTA: Rakaman suara juruterbang pesawat yang membawa pasukan kelab bola sepak Brazil pada minit-minit akhir sebelum terhempas di Colombia pada Selasa, disiarkan oleh media di seluruh dunia.

Juruterbang terbabit, Miguel Alejandro Quiroga Murakami menerusi talian komunikasinya memaklumkan tentang situasi kecemasan yang sedang ditempuhinya.

"GPS (peralatan penunjuk arah) tidak berfungi. Saya tidak tahu apa yang berlaku.

"Kami mengalami kerosakan elektronik sepenuhnya. Vektor menunjukkan arahan pendaratan.

"Kini saya kehilangan petunjuk radar. Vektor menunjukkan arahan pendaratan. Vektor menunjukkan arahan pendaratan.

"Kami akan terhempas. Tolong kami. Tunjukkan kami arah landasan. Tunjukkan arah pendaratan. Kami pada ketinggian 1,000 kaki!"

Rakaman tersebut membangkitkan teori bahawa pesawat yang membawa 77 penumpang dan krew itu mungkin kehabisan minyak sebelum terhempas.

Teori tersebut dikukuhkan lagi dengan siasatan yang mendapati tiada kesan letupan ketika pesawat itu terhempas di kawasan pergunungan semasa dalam penerbangan dari Bolovia ke bandar Medellin Colombia.

Tragedi itu mengorbankan 71 penumpang dan krew termasuk hampir semua pemain kelab Brazil, Chapecoense Real.

Dalam perkembangan terbaharu, seorang daripada pemain yang terselamat, Jackson Follman terpaksa melupakan kariernya sebagai penjaga gol selepas kaki kanannya terpaksa dipotong.

Dia kini ditempatkan di unit rawatan rapi selepas menjalani pembedahan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Chapecoense

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan