Pesawat Terhempas: Angka Kematian Cecah 76 Orang

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 7:42 PM

Antara mangsa yang terselamat.

(Ubah saiz teks)

PASUKAN bola sepak Chapecoense dari Brazil berada di dalam pesawat yang membawa 81 penumpang yang terhempas di Colombia pada Selasa.

Polis mengesahkan 76 maut dalam nahas itu.

Pasukan Chapecoense, sebuah kelab terkemuka di Brazil menaiki pesawat itu untuk menentang kelab Colombia, Atletico Nacional dalam aksi pertama perlawanan akhir Copa Sudamerica pada Rabu.

"Enam penumpang yang berjaya diselamatkan hidup tetapi malangnya seorang telah meninggal dunia. Penumpang lain turut maut dalam insiden itu. Angka kematian mencecah 76 mangsa," kata Komander Polis Jose Gerardo Acevedo.

Kelab tersebut dalam satu kenyataan berkata mereka tidak akan membuat kenyataan rasmi sehingga lebih banyak maklumat daripada pihak berkuasa Colombia diperolehi berhubung insiden berkenaan.

Media Brazil melaporkan tiga pemain antara mereka yang terselamat.

Pesawat tersebut membawa 72 penumpang dan sembilan anak kapal ketika ia terhempas kira-kira pukul 10.15 malam Isnin.

Hujan lebat menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.

Persatuan Media Brazil melaporkan 21 wartawan berada di dalam pesawat itu.

Saluran TV Brazil, Globonews dan SporTV mengenal pasti mangsa yang terselamat sebagai pemain pertahanan Alan Ruschel, penjaga gol Danilo dan penjaga gol simpanan Jakson Follmann.

Ia adalah kali pertama kelab itu yang dianggap sebagai pasukan underdog mara ke aksi final kejuaraan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Chapecoense , Brazil , pesawat terhempas

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan