Zakir Naik Tegur Media India, Nafi Dapat Kerakyatan Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2016 1:15 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik menegur media India dengan menegaskan bahawa beliau tidak pernah diberikan kerakyatan Malaysia.

Zakir menegur media kerana menyebarkan khabar angin berkenaan apabila mereka sebelum ini mendakwa bahawa beliau diharamkan di Malaysia.

"Tidak benar sama sekali," kata jurucakap Zakir, Arif Malik yang dipetik sebagai berkata oleh portal berita India Janta Ka pada Ahad.

"Sehingga beberapa bulan yang lalu media India telah mengatakan saya telah diharamkan di Malaysia dan kini mereka katakan saya telah mendapat kerakyatan Malaysia. Ia tidak masuk akal. Tidak ada kebenaran mengenai khabar angin kewarganegaraan Malaysia," kata Malik yang memetik kata-kata Zakir secara tepat.

Laporan Hindustan Times pada Sabtu mendakwa Zakir, yang disiasat oleh Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) kini bersembunyi di Malaysia dan telah diberikan kewarganegaraan oleh pihak berkuasa tempatan.

Beliau sebelum ini disyaki di berada Afrika atau Thailand.

Tags / Kata Kunci: Zakir Naik

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan