Ibu Bapa Bantah Tandas Uniseks Di Sekolah

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2016 8:13 AM

Gambar hiasan. Foto rt.com

(Ubah saiz teks)

IBU BAPA pelajar di sebuah sekolah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka apabila tandas uniseks diperkenalkan di bangunan baharu sekolah itu.

Bangunan bernilai £12 juta (RM66.58 juta) di Sekolah Buxton di Leytonstone, timur London itu dilengkapi dengan tandas yang digunakan untuk pelajar lelaki dan perempuan berusia lapan tahun ke atas.

Pengetus sekolah, Kath Wheeler mengalu-alukan pengenalan kubikel untuk kedua-dua jantina, manakala kanak-kanak di bawah usia lapan tahun perlu menggunakan tandas berdekatan dengan kelas mereka.

Sekolah tersebut mempunyai pelajar berumur antara tiga dan 16 tahun.

Wheeler berkata, tandas untuk kedua-dua jantina diwujudkan dengan ruang selamat bagi membolehkan para pelajar menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain.

Beliau turut memberitahu bahawa pembinaan tandas mematuhi peraturan Jabatan Pendidikan dan Majlis Waltham Forest.

Bagaimanapun, tandas berkenaan mendapat bantahan di kalangan ibu bapa pelajar dengan mewujudkan petisyen bagi mendesak supaya kemudahan itu ditutup dalam tempoh 24 jam.

Petisyen yang mengandungi 500 tandatangan turut disertakan dengan rasa tidak puas hati ibu bapa yang mendakwa tandas seumpama itu akan mempengaruhi tingkah laku seks dan membawa kepada serangan seksual.

Seorang ibu Shaila Hussain berkata: "Konsep tandas bercampur ini bukan sahaja kanak-kanak berasa berbeza tetapi malu untuk menggunakan tandas.

"Ini akan mempengaruhi tindakan seksual. Adalah lebih selamat jika ia diasingkan untuk lelaki dan perempuan," katanya.

Hannah Cuthbertson berkata, tandas uniseks boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk terlibat dengan seks pada peringkat lebih awal.

Tambahnya, lebih banyak masalah dan serangan seksual boleh berlaku terutama kanak-kanak merupakan golongan yang terlalu muda untuk memahami mengenai implikasinya.

Sementara itu, Firuza Beg percaya penggunaan tandas seumpama itu boleh meningkatkan risiko penderaan kanak-kanak.

Bagaimanapun, terdapat pihak yang menerima pembinaan tandas itu sebagai langkah yang tepat.

Menurut Jade Slaughter, tandas uniseks adalah lebih mudah buat golongan pelajar tertentu, terutama yang bersifat binari.

Caroline Emma Burns berkata, semua pihak sepatutnya boleh menggunakan tandas dengan aman sama ada tandas uniseks atau tandas untuk jantina yang sama.

"Saya amat berharap kanak-kanak akan dididik supaya menghormati antara satu sama lain, sama ada di tandas atau tidak," katanya. - Mail Online

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan