Ratu Cantik Indonesia Mahu Berhenti Jadi Askar

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 7:12 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Juara Ratu Cantik Indonesia 2006 yang menyertai tentera Amerika Syarikat (AS), Kristania Virginia Besouw mengakui dia mahu meninggalkan dunia ketenteraan dan pulang ke kampung halamannya di Manado, Sulawesi Utara.

"Saya tidak menyukainya (tentera). Saya mahu berhenti," katanya seperti dilaporkan portal Kompas.com.

"Tugas (tentera) sangat memenatkan kerana perlu bergerak dan berpindah. Apa yang penting, saya sudah tahu bagaimana menjadi seorang askar," katanya.

Sebelum ini, Kristania berkata, dia mungkin dinaikkan pangkat yang lebih tinggi jika meneruskan karier itu.

"Saya dihantar ke Akademi Pegawai Bintara untuk belajar asas pemimpin selama sebulan pada September lalu, sekali gus membolehkan saya dinaikkan pangkat," katanya.

Namun katanya, dia akan meninggalkan tentera apabila kontraknya tamat pada Oktober 2018.

"Saya sudah selesai menjadi tentera. Kini saya hanya perlu bertemu dengan pihak atasan," ujarnya.

Sebagai anak kelahiran Manado, Kristania berkata, dia mahu melawat keluarga dan rakannya di Indonesia.

"Sudah lama saya mahu pulang ke Manado. Saya mahu memakan hidangan pedas Manado, hidangan yang sedap. Saya juga rindu kepada rakan dan keluarga," katanya.

Keputusan Kristania untuk menyertai tentera tersebar di Indonesia apabila gambarnya memakai seragam tentera disiar dalam laman sosial Instagaram miliknya.

Susulan kejayaannya sebagai Ratu Cantik Indonesia, dia kemudiannya mewakili negara pada pertandingan Ratu Cantik Dunia pada tahun yang sama.

Selepas berkahwin, dia berpindah ke Colby, Kansas dan menjadi rakyat AS.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan