Myanmar Laksana Kempen Panghapusan Etnik - UNHCR

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 12:18 PM

Perkampungan Rohingya di Rakhine musnah akibat dibakar tentera Myanmar. - AFP

(Ubah saiz teks)

YANGON: Pihak berkuasa Myanmar dipercayai melancarkan kempen penghapusan etnik Islam Rohingya di negara itu ketika pihak tentera terus memusnahkan kawasan yang didakwa sebagai lokasi militan Islam, lapor agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Wakil Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), John McKissick berkata, tentera Myanmar telah membunuh golongan lelaki dengan menembak mereka selain membunuh kanak-kanak dan merogol golongan wanita.

Selain itu katanya, pihak keselamatan turut membakar rumah etnik Rohingya dan memaksa mereka menyeberangi sungai untuk memasuki sempadan Bangladesh.

"Situasi itu menyebabkan kerajaan Bangladesh berbelah bahagi untuk membuka kawasan sempadan kerana keputusan tersebut hanya menggalakkan lagi kerajaan Myanmar untuk melakukan pengusiran sehingga matlamat mereka menghapuskan etnik Rohingya tercapai," katanya kepada BBC.

Menurut laporan Amnesty International, kerajaan Bangladesh mula menghalau semula kumpulan pelarian etnik Rohingya ke Myanmar walaupun tindakan itu menyalahi undang-undang antarabangsa.

UNHCR dan Amnesty International menuduh kerajaan Myanmar bertindak membalas dendam dengan kejam terhadap etnik Rohingya ketika tentera negara itu melancarkan operasi antikeganasan di kawasan bergolak tersebut.

Kawasan di utara negeri Arakan atau dikenali sebagai Rakhine, ditutup untuk operasi tentera sejak 9 Oktober lalu susulan kematian sembilan pengawal sempadan akibat serangan militan yang didakwa didalangi etnik Rohingya.

Tags / Kata Kunci: Rohingya , Myanmar , PBB , UNHCR , Amnesty International

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan