Bangladesh Usir Pelarian Etnik Rohingya

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 11:37 AM

(Ubah saiz teks)

TEKNAF: Nasib pelarian etnik Rohingya semakin meruncing apabila mereka terpaksa bergadai nyawa meredah kawasan periuk api untuk menyusup masuk ke Bangladesh bagi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar.

Bagaimanapun tindakan nekad mereka itu ternyata sia-sia apabila pihak berkuasa Bangladesh enggan menghulurkan bantuan kepada mereka, sebaliknya mengusir semula golongan itu ke Myanmar.

Menurut laporan portal Straits Times, polis Bangladesh menahan berpuluh-puluh pelarian Rohingya termasuk kanak-kanak dan akan menghantar pulang kesemua tahanan ke Myanmar walaupun nyawa mereka diancaman sama ada dibunuh atau dirogol.

Pemimpin masyarakat Rohingya mengakui jumlah pelarian etnik itu menyeberangi sempadan Myanmar-Bangladesh semakin meningkat dan dianggarkan 500 orang mengambil risiko tersebut pada malam Rabu.

Mereka menyeberangi sempadan pada waktu malam bagi mengelakkan ditangkap oleh pihak berkuasa Bangladesh dan dianggarkan lebih 2,000 telah melakukan perkara sama.

Dianggarkan 30,000 etnik Rohingya iaitu kumpulan penduduk Islam di Myanmar yang tidak diberikan kerakyatan, terpaksa menjadi pelarian selepas tentera kerajaan membakar kawasan perkampungan mereka.

Ketua Polis Peka Cox's Bazar, Shyamol Kumar berkata, seramai 70 etnik Rohingya ditahan pada Rabu termasuk wanita dan kanak-kanak.

"Mereka ditahan kerana memasuki Bangladesh secara haram.

"Mereka akan diusir semula ke Myanmar," katanya kepada AFP.

Sementara itu, seorang wanita Rohingya, Aleya Khatun, 38, berkata, dia mengalami kecederaan teruk akibat letupan periuk api semasa merentasi kawasan sempadan Bangladesh bersama keluarganya dan sembilan keluarga lain.

"Letupan periuk api itu membunuh jiran saya, Johra yang melarikan diri bersama-sama.

"Saya membawa tiga anaknya kerana tiada siapa lagi boleh menjaga mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: Rohingya , Bangladesh , Myanmar

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan