Kebakaran Israel: Puluhan Ribu Selamatkan Diri - Berita Dunia | mStar

Kebakaran Israel: Puluhan Ribu Selamatkan Diri

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 11:59 PM

Penduduk tempatan melarikan diri dan membawa barangan peribadi menggunakan troli pasar raya. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

PULUHAN ribu rakyat sedang dipindahkan dari rumah masing-masing susulan kebakaran hutan yang kini sedang menghampiri bandar Israel di Haifa.

Api semakin marak susulan angin kering yang melanda kawasan perumahan bahagian utara bandar yang mempunyai kira-kira 250,000 penduduk.

Kebakaran juga sedang menghampiri kawasan perumahan berhampiran Jerusalem dan di Tebing Barat.

Seorang menteri berkata bahawa separuh daripada kebakaran seperti "sengaja dibakar".

Namun polis tidak mengesahkan dakwaan bahawa kebakaran itu sengaja dilakukan oleh mana-mana pihak.

Beratus-ratus anggota simpanan tentera telah dikerah untuk membantu memadamkan kebakaran.

Tiada kematian atau kecederaan serius dilaporkan.

Walau bagaimanapun perkhidmatan ambulan negara itu berkata seramai 55 orang telah dirawat kerana terhidu asap - 36 daripada mereka telah dibawa ke hospital, demikian menurut laporan akhbar Haaretz.

Jurucakap perbandaran Haifa Atau memberitahu agensi berita AFP bahawa 50,000 penduduk di bandar ini telah meninggalkan rumah mereka.


Orang ramai melarikan diri susulan kebakaran antara blok pangsapuri di Haifa. -foto AP

Orang ramai memenuhkan troli pasar raya dengan barang-barang keperluan manakala sekolah, tadika, universiti dan hospital yang menempatkan warga emas telah dipindahkan.

Datuk Bandar Haifa, Yonah Yahav berkata terdapat tanda-tanda bahawa salah satu kebakaran bermula apabila "seseorang membuang rokok di kawasan yang penuh dengan minyak dan cecair mudah terbakar" dalam zon perindustrian.

Di selatan, Highway 443 - yang menghubungkan Jerusalem dan Tel Aviv ditutup kepada lalu lintas pada pagi Khamis kerana api menghampiri kota Modi'in.

Rumah dan kereta rosak serta 300 orang pelajar telah dipindahkan dari sekolah di Talmon, demikian menurut polis.


Sebuah kenderaan melalui kawasan kebakaran. -fotoREUTERS

Anggota bomba telah berusaha memadam kebakaran di beberapa lokasi sejak Selasa.

Peramal cuaca memberi amaran bahawa keadaan kering dan angin kencang dijangka berterusan sehingga awal minggu depan.

Beberapa negara termasuk Cyprus, Rusia, Itali, Croatia dan Greece telah menghantar bantuan dan peralatan, termasuk pesawat, untuk membantu menangani kebakaran.

Empat rakyat Palestin telah ditangkap dan akan dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki cuai hingga menyebabkan kebakaran.

Pada 2010, 42 orang maut dalam kebakaran di Mount Carmel, di selatan Haifa. -BBC
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan