Abadi Diri Selama 13 Tahun Halang Kejadian Bunuh Diri

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 11:12 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Jambatan Suingai Yatze di Nanjing, China merupakan satu daripada lokasi bunuh diri paling popular di dunia, tetapi juga merupakan tempat seorang lelaki tempata mengabdikan dirinya untuk menyelamatkan ratusan nyawa.

Chen Si atau dikenali sebagai Malaikat Nanjing, menghabiskan waktu hujung minggu dan musim cuti sejak 13 tahun lalu untuk mengekang kejadian bunuh diri di jambatan tersebut.

Dalam tempoh berkenaan, dia telah menyelamatkan lebih 300 nyawa apabila berjaya memujuk mereka yang ingin membunuh diri agar tidak berbuat demikian.

Menurut Chen Si, kebanyakan individu yang ingin membunuh diri di jambatan tersebut sebenarnya bukan penduduk asal Nanjing tetapi pekerja yang berhijrah dari tempat yang lain di China.

Ujarnya, dia juga pernah menjadi seperti mereka, sebagai seorang pekerja yang terpaksa meninggalkan kampung halaman dan pernah kecewa dalam hidupnya.

Namun dia bersyukur kerana bertemu dengan seorang lelaki tua yang memberi nasihat agar meneruskan hidup dengan perasaan yang lebih positif.

Bagaimanapun, lelaki yang memberi nasihat kepadanya meninggal dunia akibat mogok lapar selepas bertengkar dengan anaknya.

Chen Si menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri di Jambatan Sungai Yangtze.

"Kejadian tragik itu memberi saya inspirasi untuk menyelamatkan nyawa orang lain dan memujuk mereka agar tidak membunuh diri," katanya.

Sejak 2003, Chen Si akan menempuh perjalanan sejauh 25 kilometer dari rumahnya ke Jambatan Yangtze untuk berkawal selama berjam-jam sama ada berjalan kaki atau menaiki motosikal untuk mengesan individu yang cuba terjun dari jambatan itu.

Kebiasaannya, Chen Si akan memberi perhatian terhadap individu yang bersendirian sambil merenung sungai tersebut.

"Saya menjadi pakar untuk mengesan individu yang cuba membunuh diri.

"Mudah untuk mengenalpasti golongan ini iaitu individu yang tidak mempunyai jiwa," katanya.

Chen Si menggunakan kaedah psikologi iaitu bercakap dengan lembut dan penuh nasihat bagi memulihkan semangat individu yang dikesan cuba membunuh diri agar membatalkan niat mereka.

Meskipun pengorbanannya itu dipuji ramai pihak, namun ada juga yang tidak menghargai usaha murninya itu.

Dia pernah dihina dan menerima gangguan secara fizikal oleh individu yang cuba diselamatkannya, tetapi cabaran tersebut tidak mematahkan semangat Chen Si untuk terus berbakti.

"Tidak semua individu dapat diselamatkan oleh saya.

"Saya pernah menyaksikan 50 orang terjun dari jambatan tersebut sebelum sempat saya menghampiri mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: Nanjing , Jambatan Sungai Yangtze , Chen Si

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan