Lelaki AS Tidak Tahu Siapa Presiden Baharu

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 5:07 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) telah berlalu selama dua minggu dengan menyaksikan calon Parti Republikan, Donald Trump dipilih untuk menggantikan Barack Obama.

Namun seorang lelaki dari Brunswick, Georgia mungkin menjadi satu-satunya rakyat AS yang masih belum mengetahui siapa yang memenangi pilihan raya tersebut sehingga ke hari ini.

Segalanya bermula apabila lelaki itu, Joe Chandler dijemput menghadiri sebuah parti di rumah rakannya untuk menonton keputusan pilihan raya yang disiarkan secara langsung.

"Ketika itu saya melihat mereka menggigit jari dan tidak tenang kerana berdebar untuk mengetahui siapa Presiden AS yang seterusnya.

"Kemudian saya berfikir mungkin ada cara lain untuk mengatasi debaran itu iaitu tidak mengambil kisah keputusan pilihan raya bagi tempoh 24 jam," katanya.

Namun tempoh sehari itu ternyata membuatkan Chandler berasa lega dan meneruskan tindakannya sehingga ke hari ini.

Malah bagi mengelakkan dia mengetahui pemenang pilihan raya tersebut, Chandler mengambil beberapa langkah ekstrem untuk mengelakkan dia mengetahui keputusan tersebut secara tidak sengaja.

Chandler tidak akan keluar rumah tanpa sebarang sebab yang kukuh memandangkan dia bekerja dari rumahnya.

Namun jika terpaksa keluar, Chandler akan memakai penutup telinga dan menggantungkan nota di badannya yang tertulis "Saya tidak tahu siapa yang menang, dan tidak mahu tahu. JANGAN BERITAHU SAYA."

Tindakannya itu ternyata dihormati orang ramai yang bertembung dengannya dan Chandler juga mengelak daripada terbaca sebarang artikel berkenaan pilihan raya AS.

Apabila ditanya tempoh untuk mengelak daripada mengetahui siapa Presiden baharu AS, dia menjawab, "Saya mahu terus mengelak sehingga 2020 dan sebenarnya sudah cukup bertuah jika mampu bertahan sehingga esok," katanya.

Tags / Kata Kunci: Donald Trump , Barack Obama

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan