Gempa 5.6 Magnitud Gegar Fukushima

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda timur Jepun pada Khamis selepas dua hari gegaran kuat yang mencetuskan tsunami berdekatan loji janakuasa nuklear Fukushima, kata Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Bagaimanapun tiada kemusnahan dilaporkan dalam Kejadian pada 6.23 pagi waktu tempatan itu.

NHK melaporkan, seorang operator loji Tokyo Electric Power berkata, pusat gegaran sekurang-kurangnya 210 kilometer (km) timur laut bandaraya ini tidak menyebabkan sebarang kerosakan kemudahan di loji berkenaan.

Pada Selasa, gempa bumi berukuran 6.9 magnitud, mencetuskan panik di kalangan penduduk apabila ia  menyebabkan kejadian tsunami di kawasan kilang Fukushima.

Pada Mac 2011, gempa bumi yang melanda negara itu  menyebabkan kejadian tsunami di pantai timur Jepun dan mengakibatkan lebih 18,000 orang maut atau hilang.

Pada April pula, dua lagi gegaran melanda Kumamoto di selatan Jepun, diikuti lebih 1,700 gempa susulan, mengakibatkan kematian seramai 50 orang dan kerosakan harta benda.- AFP

Tags / Kata Kunci: Fukushima , gempa bumi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan