Tunjuk Perasaan Bantah Ahok Di Parlimen 2 Disember Ini - Berita Dunia | mStar

Tunjuk Perasaan Bantah Ahok Di Parlimen 2 Disember Ini

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 10:54 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Masyarakat Islam di sini yang masih tidak berpuas hati terhadap tindakan Basuki ‘Ahok’ Tjahaja Purnama yang didakwa menghina Islam merancang mengadakan tunjuk perasaan di bangunan Parlimen di sini, 2 Disember ini.

Kumpulan penunjuk perasaan itu juga merancang untuk memecah masuk bangunan yang menempatkan wakil rakyat di negara itu.

Perkara melibatkan Gabenor Jakarta itu didedahkan Ketua Polis Indonesia, Jeneral Tito Karnavian dan Ketua Tentera Gatot Nurmantyo baru-baru ini.

"Terdapat agenda disembunyikan pihak tertentu untuk masuk dan mengambil tempat di Parlimen.

"Jika tindakan mereka bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, itu melanggar undang-undang," demikian laporan media tempatan berhubung isu berkenaan.

Sementara itu, Ahok tiba di pejabat Polis Negara Jabatan Siasatan Jenayah (Bareskrim) di Jakarta Selatan, Selasa bersama peguamnya Sirra Prayuna untuk sesi soal siasat sebagai suspek menghina Islam.

Sirra berkata, anak guamnya menjawab 27 soalan semasa disiasat polis selama lapan jam itu.

"Soalan yang dikemukakan berulang, sama seperti yang diajukan pada sesi soal siasat sebelum ini.

"Tindakan polis itu bagi melengkapkan maklumat untuk menyelesaikan siasatan kes itu," katanya.
Tags / Kata Kunci: Ahok , Parlimen
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan