Wanita Dibedah Gara-Gara Makan Plastik

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2016 11:42 AM

Tara Devi (gambar kecil) dibawa ke hospital di Solan untuk menjalani pembedahan membuang plastik di dalam perutnya. - Ihsan HIMACHAL WATCHER

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Sepasukan doktor terkejut besar ketika menjalankan pembedahan terhadap seorang wanita yang mengalami sakit perut apabila mendapati perut wanita itu dipenuhi dengan plastik.

Tara Devi, 52, merupakan seorang wanita miskin yang cacat pendengaran dan bisu berasal dari daerah Sirmaur, Himachal Pradesh, India, dan dibawa ke sebuah hospital di Solan oleh seorang penduduk tempatan selepas mengalami kesakitan di perut.

Selepas menjalani beberapa ujian pemeriksaan, doktor mengesan sekelompok benda asing di dalam perutnya yang pada awalnya disangka segumpal rambut, sekali gus memerlukan pembedahan segera untuk membuangnya.

Bagaimanapun, semasa prosedur itu dijalankan, doktor mendapati gumpalan tersebut merupakan plastik yang dimakan oleh Tara ketika wanita itu kelaparan.

Malah tugas mengeluarkan plastik tersebut juga menemukan kesukaran kerana doktor tidak boleh berkomunikasi dengan Tara akibat masalah percakapan.

Namun individu yang membawa wanita itu ke hospital mendedahkan, Tara merupakan wanita yang sangat miskin dan hidup bersendirian selain tidak mendapat sebarang bantuan sosial.

Dia sering memakan plastik ketika kelaparan sejak beberapa tahun lalu, sekali gus menjadi punca sakit yang dialaminya itu.

Mujur pembedahan tersebut berjaya membuang kesemua plastik sepanjang 2.1 meter di dalam perutnya dan keadaan Tara dilaporkan semakin pulih.

Tags / Kata Kunci: Miskin , Plastik , Bedah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan