Loji Nuklear Fukushima Dilanda Tsunami

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2016 8:45 AM

Pemandangan loji tenaga nuklear Fukushima Daini di bandar Naraha, Fukushima, Jepun yang diambil oleh jurugambar Kyodo pada 26 Februari 2012. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Tsunami berukuran satu meter (3.3 kaki) melanda loji nuklear Fukushima di perairan pantai Jepun pada Selasa susulan kejadian gempa bumi, kata pengendali 'Tokyo Electric Power'.

Tsunami itu berlaku pada pukul 6.38 pagi, kata seorang pegawai TEPCO pada sidang berita di televisyen selepas gempa bumi berukuran 6.9 magnitud melanda rantau ini.

Tetapi jurucakap TEPCO memberitahu AFP bahawa tiada laporan berlakunya sebarang masalah akibat gelombang itu.

Tags / Kata Kunci: tsunami , TEPCO , gempa bumi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan