Petani Cipta Katil Khas Buang Batu Karang

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 1:17 PM

KATIL khas yang dicipta Qinghua untuk mengurangkan penderitaan isterinya yang menghadapi masalah batu karang. - Ihsan OddityCentral

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang lelaki di Jiangxi, China tampil dengan ciptaan tersendiri untuk menamatkan penderitaan isterinya yang terpaksa menanggung kesakitan akibat masalah batu karang.

Zhu Qinghua, 52, mencipta sebuah katil khas yang boleh berpusing dan bergetar bagi menghancurkan batu karang di dalam saluran organ isterinya.

Qinghua mula memikirkan idea tersebut sejak 1993 bagi meringankan penderitaan isterinya yang kehilangan buah pinggang di bahagian sebelah kiri manakala masalah batu karang berlaku di bahagian kanan tubuhnya.

Usaha untuk membuang batu karang itu boleh mengancam nyawa isterinya yang hanya mempunyai satu buah pinggang seperti yang diberitahu oleh doktor, sekali gus membuatkan Qinghua mencari alternatif lain.

Berdasarkan nasihat doktor untuk membuang batu karang itu secara semula jadi dengan melakukan senaman berdiri dan duduk selama beberapa minit setiap hari, ternyata memberi ilham kepada Qinghua yang bekerja sebagai petani.

Lelaki itu menghabiskan masa selama sebulan untuk melakar ciptaannya selain melabur sebanyak 1,000 yuan (RM640) bagi membiaya kos membina katil khas tersebut.

Katil itu boleh berpusing 360 darjah selain mempunyai fungsi getaran yang mampu mempercepatkan proses menghancurkan batu karang.

Menerusi katil khas itu, isteri Qinghua akan menghabiskan masa 10 minit selama lima hari bagi menjalani proses rawatan membuang batu karang.

Ciptaan Qinghua ternyata mendapat perhatian umum apabila ramai orang memintanya menjual katil itu atau mencipta peralatan yang sama.

Tetapi dia enggan berbuat demikian kerana tidak mempunyai lesesn untuk menjual peralatan perubatan, namun sebaliknya menawarkan mereka yang menghadapi masalah batu karang menggunakan katil milik isterinya itu secara percuma.

Tags / Kata Kunci: Batu Karang , Zhu Qinghua

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan